SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Fungsi YAKEB


Terdapat 6 fungsi utama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan:-

1. Pusat Sumber Strategik untuk Atlet Negara

Berfungsi satu pusat sumber yang strategik dalam usaha untuk membertuk, menyedia databank yang lengkap dan kemaskini
mengenai segala maklumat atlet negara sama ada yang masih aktif atau telah bersara termasuk atlet kelainan upaya (OKU)
yang bermula sejak penyertaan atlet negara dalam sukan SEAP sejak tahun 1959, Sukan SEA sejak tahun 1977, Sukan
ASIA sejak tahun 1958, Sukan Komanwel sejak tahun 1950 dan Sukan Olimpik sejak tahun 1956

2. Pengumpalan Dana

Mewujudkan dan melaksanakan program yang sesuai sama ada bersama pihak kerajaan dan agensi kerajaan ataupun swasta
dalam usaha untuk pengumpulan dana.  


3. Pembangunan Pendidikan dan Kerjaya

i)  Membantu atlet negara supaya diberi keutamaan dalam memperolehi peluang pendidikan di institusi pengajian tinggi awam dan dan memperolehi diskaun pembayaran yuran di institusi pengajian tinggi swasta dalam negara melalui pembinaan dan pembentukan hubungan kerjasama yang erat antara YAKEB dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.  

 

ii) Perlaksanaan program-program kursus oleh YAKEB sendiri yang melibatkan program pendidikan psikologi seperti pembangunan kendiri dan khidmat perundangan untuk atlet negara.


4. Kemahiran Keusahawanaan

 Bekerjasama dengan agensi kerajaan, institusi latihan dan kemahiran swasta atau kerajaan serta institusi kewangan dalam menyediakan    dan mewujudkan peluang pembangunan kerjaya keusahawanan kepada atlet negara.


5. Bimbingan dan Kaunseling.

Menyediakan khidmat sukarela daripada kaunselor pakar dari universiti tempatan dalam aspek bimbingan dan kaunseling secara percuma untuk atlet negara yang melibatkan aspek-aspek seperti berikut:-

 

 ii)   Kaunseling (individu dan kumpulan)
 ii)  Kaunseling kerjaya
 iii) 'Psychological Intervention'
 iv) 'Crisis Intervention'


6. Kebajikan Am

Penyediaan bantuan kebajikan am seperti berikut:-

 

i) Skim Perlindungan Insuran berkolompok untuk kemalangan, khairat kematian akibat kemalangan dan 'hospitalisation'.
ii) Bantuan khairat kematian semulajadi dan bantuan bencana alam.

Kali Terakhir dikemaskini ( THURSDAY, 18 JUNE 2009 20:54 )  
Anda berada di: Home Mengenai Kami Fungsi