SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Jasamu Dikenang

PENDAHULUAN


Bagi mencapai matlamat untuk mengenang jasa, sumbangan dan bakti bekas atlet negara termasuk bekas atlet negara kelainan upaya (OKU), maka beberapa program bantuan telah diperkenalkan khas untuk atlet negara yang telah berdaftar dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

JENIS PROGRAM BANTUAN


Program bantuan tersebut adalah seperti berikut :

  1. Skim Perlindungan Insuran Berkelompok untuk bekas atlet negara yang berumur sehingga 69 tahun yang terdiri daripada skim seperti berikut :
        (a)    Insuran Kemalangan Berkelompok (Group Personal Accident)

        (b)    Bantuan Bayaran Hospital dan Perubatan (Medical and Hospitalisation)

        (c)    Bantuan Bayaran Rawatan Kecemasan Pesakit Luar

    Skim tersebut berkuatkuasa mulai 11hb. Mei 2009 dan melindungi bekas atlet negara yang berusia sehingga 69 tahun, 24 jam sehari, 365 hari setajun, di mana jyga bekas atlet berada di serata dunia.

    Maklumat lengkap skim ini dari segi faedah (benefit) yang diperolehi dan had-had yang dilindungi serta aspek-aspek yang tidak dilindungi adalah seperti di jadual A.
  2. Skim Perlindungan Kemalangan Berkelompok untuk bekas atlet negara yang berumur 70 tahun ke atas.

    Skim ini direka khas untuk bekas atlet negara yang telah mencapai usia 70 tahun dan ke atas. Skim ini melindungi bekas atlet negara yang berumur 70 tahun ke atas 24 jam sehari, 365 hari setahun, di mana juga bekas atlet berada di serata dunia samada sedang bekerja, berada di rumah, mengembara atau bersukan melainkan sukan professional. Maklumat lengkap skim ini dari segi faedah (benefit) yang diperolehi dan had-had yang di lindungi serta aspek-aspek yang tidak dilindungi adalah seperti B.
  3. Program Bantuan Kecemasan Khas YAKEB.
    Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) juga telah memperkenalkan suatu Program Bantuan Kecemasan Khas untuk semua atlet negara samada yang masih aktif atau pun yang telah bersara termasuk atlet kurang upaya seperti berikut :

        (a)    Bantuan kecemasan meninggal dunia secara semulajadi sebanyak RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja)

        (b)    Bantuan kecemasan bencana alam sebanyak RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)

SYARAT-SYARAT MEMPEROLEHI BANTUAN

Bekas atlet negara yang layak memperolehi program-program bantuan yang disediakan oleh YAKEB adalah terdiri daripada bekas-bekas atlet negara seperti berikut :

  1. Bekas atlet negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU) yang telah berdaftar dengan YAKEB.
  2. Pernah mewakili negara dalam salah satu kejohanan sukan seperti berikut :

            (a)    Olimpik
            (b)    Asia
            (c)    Komenwel
            (d)    Asia Tenggara
            (e)    Paralimpik
            (f)    Kejohanan Sukan Dunia yang diiktiraf
  3. Tertakluk kepada had perlindungan yang telah ditetapkan seperti di Jadual A untuk bekas atlet yang berusia sehingga 69 tahun dan di Jadual B untuk bekas atlet yang berusia 70 tahun ke atas.

KAEDAH MEMPEROLEHI BANTUAN

  • Memandangkan Skim Perlindungan Insuran untuk bekas atlet negara yang berusia sehingga 69 tahun dan Skim Perlindungan Kemalangan untuk bekas atlet negara yang berumur 70 tahun ke atas adalah merupakan “Skim Perlindungan Insuran Berkelompak” maka segala tuntutan untuk mendapatkan bayaran dan pampasan adalah diuruskan sendiri oleh wargakerja YAKEB dengan pihak syarikat Insuran yang telah dilantik.
  • Mengenai bantuan bayaran hospital dan perubatan (Medical and Hospitalisation) untuk bekas atlet yang berumur sehingga 69 tahun, atlet hendaklah membayar terlebih dahulu perbelanjaan perubatan dan hospital, dan kemudian membuat tuntutan melalui YAKEB. Syarikat insuran akan membuat bayaran berdasarkan kepada had perlindungan yang telah ditetapkan seperti di Jadual A melalui YAKEB. Walaubagaimanapun sekiranya pihak YAKEB mempunyai hubungan baik dengan hospital-hospital yang dimasuki oleh bekas atlet dan pihak hospital menerima surat jaminan YAKEB, maka atlet tidak perlulah membayar terlebih dahulu di mana semua urusan pembayaran berdasarkan had perlindungan yang telah ditetapkan seperti di Jadual A akan diuruskan oleh YAKEB.
  • Bagi bantuan bayaran rawatan kecemasan sebagai pesakit luar, bekas atlet hendaklah membuat bayaran terlebih dahulu untuk rawatan berkenaan dan seterusnya membuat tuntutan bayaran melalui YAKEB di mana syarikat insuran melalui YAKEB akan membuat bayaran berdasarkan had perlindungan yang telah ditetapkan seperti di Jadual A.JANGKAMASA TUNTUTAN BAYARAN DAN PAMPASAN DIPEROLEHI
  • Bagi Program Bantuan Kecemasan Khas YAKEB, bantuan akan dibuat serta merta setelah YAKEB mendapat maklumat dari bekas atlet.
  • Bagi Skim Perlindungan Insuran Berkelompok untuk bekas atlet negara yang berumur sehingga 69 tahun dan Skim Perlindungan Kemalangan Berkelompok untuk bekas atlet negara yang berumur 70 tahun ke atas, tuntutan bayaran dan pampasan akan diperolehi dalam masa 2 minggu dari tarikh tuntutan diterima oleh syarikat Insuran.

KHIDMAT BANTUAN


Dalam usaha untuk menyediakan kemudahan yang cepat dan berkesan, bekas atlet negara boleh menghubungi wargakerja YAKEB seperti nama dan talian telefon yang tertera di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program bantuan ini, membuat tuntutan bayaran dan pampasan, mengemukakan bantuan-bantuan yang dikehendaki dan melapurkan sebarang hal ehwal bekas atlet negara :

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
Tel : 03-8996 4841 / 03-8996 4844
Faks : 03-8996 4839

No telefon bimbit wargakerja YAKEB (boleh dihubungi pada bila-bila masa)

Zuhairi Abdul Manaf
Pengurus            : 019-277 8449

Damiri Hussain
Pengurus            : 017-221 6384

Md Razib Md Shah
Pengurus Besar        : 019-343 4849
Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 14 JUNE 2009 13:16 )  
Anda berada di: Home Jasamu Dikenang