Ia mula beroperasi pada bulan Oktober 2008 dan dilancarkan dengan rasminya pada 17 November 2008. Para atlet khususnya, peminat sukan serta rakyat Malaysia amnya wajar berasa bertuah dengan penubuhan YAKEB yang unik sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Kita berasa gembira kerana pihak kerajaan begitu bersungguh - sungguh dalam usaha untuk mengiktiraf sumbangan para atlet.Â
Kita sedar bahawa jasa serta para atlet adalah tidak ternilai dan peranan mereka dalam mengharumkan nama negara terutamanya di persada antarabangsa akan tetap dikenang. Sesungguhnya kita tidak mahu dianggap hanya menggunakan kudrat dan kebolehan para atlet semasa mereka masih aktif namun melupakan mereka apabila sudah bersara dan berada dalam keadaan yang memerlukan.
Secara ringkasnya matlamat penubuhan YAKEB ialah bagi menjaga kebajikan para atlet yang masih aktif ataupun yang telah bersara termasuk atlet kurang/kelainan upaya. Ianya juga sebagai mengenang jasa serta pengorbanan mereka kepada negara dalam bidang sukan.        Â
Terdapat 2 kategori atlet yang menjadi tumpuan YAKEB iaitu:
(1)   Bekas atlet ataupun atlet yang telah bersara termasuk atlet kelainan upaya yang dipanggil sebagai ‘privileged member’. Mereka ini terdiri daripada para atlet negara yang sekurang-kurangnya pernah mewakili negara di dalam Sukan SEA.
(2)Â Â Â Atlet yang masih aktif termasuk atlet kurang/kelainan upaya yang sekurang-kurangnya telah memperolehi pingat perak dalam temasya Sukan SEA.
Justeru saya berharap penubuhan YAKEB dapat memberi sinar harapan serta menyuburkan semangat para atlet bahawa bidang sukan mempunyai masa depan yang cerah, berprestij dan dihormati. Walau bagaimanapun apabila disebut sebagai sebuah yayasan kebajikan, YAKEB bukanlah dibatasi oleh pengertian-pergertian tradisional sebuah pertubuhan kebajikan. Kerana itulah selain memberikan bantuan kewangan, pelbagai program dan aktiviti sedang direncanakan oleh YAKEB demi membantu dunia sukan di Malaysia menuju kecemerlangan.
Untuk itu selaku penaung kepada YAKEB suka saya menyeru kepada orang perseorangan, badan – badan korporat, para dermawan serta mana mana pihak yang bermurah hati untuk tampil menghulurkan sumbangan bukan saja dalam bentuk kewangan tetapi juga sokongan kesukarelaan, bantuan kepakaran atau idea - idea agar YAKEB dapat mencapai objektif terutamanya bagi aktiviti tahun 2009 ini.
Saya ingin memaklumkan juga bahawa sejak dari awal penubuhan, YAKEBÂ rancak menjalankan kempen pendaftaran para atlet yang mewakili negara bagi mewujudkan data maklumat terperinci mengenai mereka. Ini bagi membolehkan YAKEB menyalurkan maklumat, merancang aktiviti bersama serta memberi bantuan serta khidmat nasihat secara tersusun.
Makanya, adalah diminta agar para atlet samada yang telah bersara ataupun yang masih aktif dalam apa juga bidang sukan dapat mendaftarkan diri mereka dengan YAKEB. Tidak ketinggalan kita mengharapkan kerjasama dari persatuan-persatuan sukan dan majlis sukan negeri supaya aspirasi YAKEB untuk menjaga ehwal dan kebajikan para ahli sukan dan atlet negara mencapai maksudnya.
Semoga segala yang dihasratkan dalam objektif penubuhan YAKEB dapat direalisasikan dengan jayanya dan membawa manfaat kepada kita semua.
Sekian terima kasih.
Y.A.Bhg. DATIN PADUKA SRI ROSMAH MANSOR
Selaku Penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)




Penaung