Pada dasarnya, penubuhan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ini berperanan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang sesuai untuk mencapai matlamat memberi manafaat kepada para atlit negara sama ada yang masih lagi aktif menyumbangkan tenaga, ataupun yang telah bersara termasuk atlit yang kelainan upaya (OKU) yang selama ini telah berkorban dengan mengerahkan keringat untuk mengharumkan nama negara di pentas kejohanan sukan antarabangsa.



