SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Kata-kata Aluan Pengerusi Eksekutif

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, YAKEB.org.my  akhirnya dapat menemui para pelawat setelah melalui beberapa pembaharuan dan peningkatan taraf.

Tahun 2009 ini sememangnya diharapkan dapat menyaksikan penyertaan dan maklum balas positif orang ramai terhadap YAKEB.org.my ini. Saya, mewakili pihak pengurusan baru website rasmi YAKEB.org.my untuk tahun 2009 ini mengucapkan selamat datang kepada para pembaca semua yang sudah pasti mengharapkan sesuatu yang bermanfaat apabila melawat website ini.


YAKEB.org.my merupakan laman sesawang yang berfungsi untuk memberi penerangan-penerangan mengenai perkembangan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sejak mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Disember 2008. Disamping itu YAKEB.org.my juga berperanan untuk menyediakan ruang kepada para pembaca atau pelayar internet untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai pembangunan sukan negara, hal berkaitan dengan kebajikan para atlet negara, bekas atlet termasuk atlet kelainan upaya dan juga program yang dilaksanakan oleh pihak YAKEB.


Secara ringkasnya, kami berharap agar pada tahun 2009 ini, pelbagai kemajuan akan kami capai dalam usaha memberi penerangan dan penjelasan kepada umum mengenai pendekatan holistik Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.


Dalam kesempatan ini, kami turut ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat kumpulan perintis pertama YAKEB.org.my  yang telah bertungkus-lumus mengawal-selia dan memastikan kelangsungan YAKEB.org.my ini. Usaha murni dan penuh dedikasi mereka akan terus menjadi inspirasi kepada kami keluarga baru YAKEB.org.my untuk menjalankan amanah ini dan melakukan yang terbaik, InsyaAllah.


Sekian, wassalam.

 

YBHG DATO’ PADUKA DR MUMTAZ BEGUM ABDUL JAFFAR,

PENGERUSI EKSEKUTIF YAYASAN KEBAJIKAN ATLET KEBANGSAAN

Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 28 FEBRUARY 2010 16:40 )  
Anda berada di: Home Pengerusi Eksekutif