Â
KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2010.Â
Melalui kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) satu program kursus khas untuk bekas-bekas atlet negara iaitu Kursus Penguji ‘Talent Identification’ (TID) akan diadakan pada 5hb Februari 2010 hingga 7hb Februari di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Program yang digerakkan di bawah Skim Pembangunan Pendidikan dan Kerjaya YAKEB ini akan dihadiri oleh lebih dari lima puluh (50) peserta dari seluruh negara dan terdiri daripada bekas-bekas atlet negara dari pelbagai latarbelakang sukan.
Kursus TID ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan kaedah pemilihan atlet diperingkat akar umbi melalui ujian kecergasan dan juga latihan multilateral yang bersesuaian untuk peringkat umur yang lebih muda. Selain dari itu juga, para peserta yang telah tamat berkursus akan dilantik menjadi penguji seterusnya sebagai ‘role model’ kepada atlet-atlet muda negara bersama-sama pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat ISN dalam menjayakan program-program akar umbi.    Â
Muat Turun Brosur Disini



