SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Derita Yahya Dapat Perhatian

KUALA TERENGGANU – Penderitaan bekas pemain bola sepak negara, Yahya Jusoh, 57, yang menghidap sakit saraf sejak dua bulan lalu mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Atlet (Yakeb) dan kerajaan negeri Terengganu.

Yahya yang pada zaman kegemilangan iaitu 1970-an merupakan pemain pertahanan yang digeruni mula merasa kebas dan sakit ditangan dan belakang lehernya pada 22 September lalu.
Dia kini terlantar di atas katil dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda selepas mengalami kesakitan yang tidak membolehkannya bergerak sejak 10 Oktober lalu.

Ayah kepada empat anak itu berkata, dia memerlukan bantuan isteri, Normah Alias, 56, dan anak ketiganya, Hazim Yatimi Yahya, 22, untuk membantunya bergerak termasuk ke tandas.
“Doktor di sini memberitahu saya memerlukan pembedahan untuk memulihkan penyakit yang saya alami namun kadar sembuh hanya 50 peratus sahaja. Jadi saya ingin mendapatkan pendapat doktor lain dahulu.

“Saya juga mendapatkan bantuan perubatan tradisional bagi membantu memulihkan sakit saya ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering di Kuala Terengganu, semalam.

Yahya ditemui pemberita selepas menerima lawatan Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Dr. Mumtaz Jaffar dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said.

Mumtaz berkata, pihaknya akan membantu menguruskan segala bantuan dan keperluan bantuan yang diperlukan oleh Yahya.

“Insya-Allah kita akan membantu Yahya mendapatkan perubatan yang diperlukannya. Apa yang penting ialah membawanya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur,” katanya.

Abdul Rahin pula berkata, kerajaan negeri akan menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Yahya bagi membantu meringankan beban tanggungannya.

“Ia merupakan sebahagian daripada usaha menghargai jasa Yahya dalam mengharumkan bukan sahaja nama Terengganu tetapi juga negara ini.

“Kita juga akan berbincang dengan Yakeb berhubung membantu menanggung kos rawatan perubatan Yahya,” ujarnya.

Utusan Malaysia – Rabu 28 Oktober 2009

Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 24 JANUARY 2010 13:36 )  
Anda berada di: Home