SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Yakeb Buat Kajian Keperluan Atlet

IPOH – Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan melakukan satu kajian komprehensif mengenai pelbagai keperluan untuk membantu meringankan beban  atlet negara.

Pengurus Besar Yakeb, Md Razib Md Shah berkata, kajian yang akan bermula pada tahun depan perlu bagi membolehkan pihaknya mengenal pasti keperluan untuk membantu bekas atlet terbabit.

Beliau berkata, melalui kajian tersebut pihaknya dapat mengaturkan bantuan yang boleh disalurkan kepada bekas atlet yang berjasa kepada sukan negara.
 “Kita mahu memastikan setiap atlet dapat dibantu berdasarkan keperluan yang diperlukan atlet itu,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan bagi isi tabung Yakeb daripada Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Muhamat Roli Hassan berjumlah RM75,694.55 sempena perhimpunan bulanan di Jabatan Pelajaran Perak di sini semalam.

Hadir sama ialah atlet angkat berat negara, Malek Noor.

Md Razib berkata, sumbangan yang diterima daripada orang ramai bagi mengisi tabung Yakeb amat memberangsangkan dalam usaha pihaknya membantu meringankan beban yang ditanggung oleh atlet. Sementara itu, Muhamat Roli berkata, pihaknya telah melancarkan kutipan bagi mengisi tabung Yakeb selama sebulan sejak 1 September hingga 1 Oktober lalu.

Menurutnya, kutipan itu disumbangkan oleh guru, kakitangan, pelajar dan institusi pendidikan di 10 daerah negeri ini. ‘Kutipan ini sebagai tanda prihatin dalam usaha membantu kebajikan atlet yang berjasa kepada Negara,” katanya.

Utusan Malaysia – Khamis 15 Oktober 2009

Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 24 JANUARY 2010 13:37 )  
Anda berada di: Home