SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Kinta Utara Penyumbang Terbesar

KINTA Utara muncul penyumbang terbesar kepada kutipan Tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Daerah itu yang mempunyai bilangan sekolah terbanyak di Perak berjaya memungut RM23,137.30 daripada jumlah keseluruhan RM75,694.55 yang dikutip daripada warga pendidikan di negeri itu manakala Kerian muncul daerah kedua terbaik dengan RM12,393.15.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Muhamat Roli Hassan berkata hasil itu untuk tempoh kutipan selama sebulan bermula 1 September sehingga 1 Oktober lalu.

“Kutipan dibuat dari semua institusi pendidikan di negeri Perak termasuk institusi perguruan dan Kolej Matrikulasi.” Katanya pada majlis penyerahan kutipan kepada Pengurus Besar Yakeb, Md Razib Md Shah di JPN Perak, pagi semalam.

Menurut Md Razib selain melalui tabung ‘1Ringgit 1Malaysia’ sumbangan juga boleh disampaikan melalui SMS, akaun bank (Maybank) serta tabung kutipan anjuran kumpulan akhbar NSTP serta program TV3 ‘Bersamamu-Wira Sukan, Anda tetap Di Hati. Katanya sejak dilancarkan lebih lapan bulan lalu, program itu mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak bagi membantu yayasan melaksanakan program membantu menjaga kebajikan bekas atlit negara.

Berita Harian – Khamis 15 Oktober 2009

Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 24 JANUARY 2010 13:36 )  
Anda berada di: Home