SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Usaha Yakeb Cari Wang - Mahu Berdikari Cari Sumber Pendapatan Bantu Atlit

Cadangan penanaman tembikai emas di kawasan seluas 40 hektar di Perak dilihat sebagai permulaan terbaik buat Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan [Yakeb] berdikari dalam menjana pendapatan mereka, tanpa mengharap sumbangan kerajaan dan orang ramai semata-mata.

 

Pembangunan tanah secara hidroponik di Tanjung Tualang itu, akan dimulakan dalam jangka masa terdekat oleh Koperasi Atlet Malaysia Berhad [Koperasi Atlet] dengan kerjasama dua entity lain, Iris Corporation Berhad [Iris Corporation Berhad] dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak [PPPNP].

Penaung Yakeb, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau dimaklumkan pengusaha yang pernah terbabit, penanaman di kawasan seumpama itu mampu menjana pendapatan sehingga RM18 juta setahun dengan keuntungan bersih antara RM6 dan RM7 juta setahun.

“Saya harap jumlah itu dapat menampung tabung kebajikan atlit sama ada mereka yang sakit atau yang dirawat di hospital, selain membiayai aktiviti Yakeb,” kata isteri Perdana Menteri selepas melancarkan penubuhan koperasi itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong; Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Paduka Dr Mumtaz Begum Abdul Jaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) [NSTP], Datuk Anthony Bujang.

Pada majlis sama, Yakeb yang turut menerima sumbangan RM30,000 daripada KPDNDHEP, juga menghulurkan bantuan RM10,000 kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Yahya Jusoh yang mengalami penyakit saraf sejak tiga bulan lalu.

Berita Harian – Jumaat 6 November 2009

 

 

Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 24 JANUARY 2010 13:33 )  
Anda berada di: Home