SEPTEMBER 2010
AhdIsnSelRabKhaJumSab
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
  
       
PAUTAN WEB

Tubuh koperasi biayai persatuan, kebajikan ahli

Kuala Lumpur 5 Nov. – Semua persatuan digalak menubuhkan koperasi masing-masing bagi menjana kewangan untuk kegunaan persatuan dan menjaga kebajikan ahli. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, dengan berbuat demikian, persatuan tidak perlu lagi meminta bantuan kewangan dari kerajaan dan orang ramai.

“Saya gembira dengan usaha Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan [Yakeb] menubuhkan Koperasi Atlet Malaysia Berhad [KAMB] dan mengadakan projek pertamanya menanam tembikai emas.

“Projek itu boleh menjana kewangan bagi menampung perbelanjaan kebajikan atlet-atlet negara,” katanya pada siding akhbar selepas melancarkan penubuhan KAMB di sini hari ini.
 
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli dan Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Begum Abdul Jaffar.

Selaku penaung Yakeb, Rosmah memberitahu, projek tembikai emas di tanah seluas 40.47 hektar di Perak itu dapat menampung perbelanjaan kebajikan atlet-atlet yang sakit atau terlantar di hospital.Beliau berkata, kewangan yang diperoleh juga boleh menampung pembiayaan pendidikan anak-anak atlet terbabit.
Utusan Malaysia – Jumaat 6 November 2009

 

 

Kali Terakhir dikemaskini ( SUNDAY, 28 FEBRUARY 2010 18:39 )  
Anda berada di: Home