Paparan Bergambar

Joomla gallery by joomlashine.com

Paparan

UtamaYakeb Prihatin

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami

Ahmad Lebai Jamaluddin (Angkat Berat)

Mewakili negara di Sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

- Beliau menghidap penyakit kencing manis dan beberapa kali menerima rawatan di Hospital Assuntha. Kaki kirinya terpaksa
dipotong akibat jangkitan kuman. 

**Menerima bantuan di bawah Skim Bantuan YAKEB, yang disampaikan Dato' Malek Noor.

 

Bibi Aisyah Golbalshah (Silat)

Pesilat yang pernah beraksi di Sukan Sea 1997, serta Kejohanan Dunia 2002.

- Menghadapi masalah tulang belakang (slip disc) dan dirujuk ke Hospital Besar Melaka pada Julai.

**Menerima bantuan di bawah Skim Bantuan YAKEB yang disampaikan oleh En. Aminuddin Nasir.

 

Rengan Pakeri (Olahraga 400m, 800m)

Pernah beraksi di Sukan Asia 1966, Sukan SEAP 1967 dan 1969.

- Menderita sakit kencing manis dan dimasukkan ke Hospital Besar Melaka pada Jun 2011.

**Menerima bantuan di bawah Skim Bantuan YAKEB, yang disampaikan oleh En Aminuddin Nasir.

 

Rashid Yahya (Sepaktakraw)

Pemenang emas Sukan Sea 1981 di Manila.

- Disahkan menghidap Kanser Paru-Paru sejak Julai lalu, dan menerima rawatan awal di KPJ Penang, sebelum dirujuk ke Mount Miriam Cancer Hospital untuk rawatan susulan.

**Menerima bantuan di bawah Skim Bantuan YAKEB, yang disampaikan En. Muhammad Aiman.

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Saya telah menerima bantuan daripada YAKEB untuk menampung kos rawatan kedua-dua kaki saya. Saya amat berterima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan - R.Anthony Ratnam (Bolasepak, 1955 - 1963)


Dengan tertubuhnya YAKEB banyak manfaat yang diterima oleh atlet dan terasa amat dihargai. Yakeb perlu meluaskan pencarian bekas-bekas atlet yang mana banyak menghadapi kesukaran dalam kehidupan masing-masing – Khamal Idris Ali (Bolasepak, 1993-1996)


Ahli-ahli sukan pada masa dahulu tidak pernah mendapat keistimewaan seperti sekarang. Dahulu kami bersukan demi negara bukan wang ringgit. Terima kasih YAKEB! – Hj. Zambrose Abdul Rahman (Olahraga, 1961 – 1971)


Tahniah serta syabas di atas kewujudan YAKEB, setelah menunggu puluhan tahun, ini hasilnya, idea yang kreatif serta bernas untuk memberi pengiktirafan, kebajikan para atlet yang telah berusaha untuk mengharumkan nama negara di mata dunia. Terima kasih. – Wan Harun Wan Ahmad (Renang Paralimpik, 1992-2010) 


Dengan adanya bantuan rawatan perubatan, skim insurans, bantuan kewangan selain sokongan moral, saya menganggap ianya sebagai penghargaan terbesar buat bekas atlet yang telah diusahakan YAKEB – Joseph Phan Soon Fatt (Olahraga, 1982-1988)


Kemunculan YAKEB adalah tepat pada waktunya tatkala kami para atlet tiada tempat untuk menumpang paut, saya secara peribadi amat bertuah dan berbangga menjadi ahli YAKEB. Semoga YAKEB akan terus cemerlang dalam memberikan khidmat setaraf negara-negara maju dalam bidang sukan. – Shahidon Hanafiah (Boling Padang Paralimpik)


Saya telah mengalami penyakit saraf pada 2009. Yakeb telah banyak membantu dengan menanggung kos perjalanan, tempat tinggal, kos rawatan dan kos pembedahan yang saya jalani di Hospital Assuntha. Saya terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan. Yakeb wajar diberikan pujian, tiada kata yang lebih baik dapat diungkapkan. – Yahaya Jusoh (Bolasepak, 1970)

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates