Paparan Bergambar

UtamaInfo KorporatLatar Belakang

Latar Belakang

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan telah didaftarkan di Kuala Lumpur di bawah Akta Syarikat 1965   pada 25 Julai 2007, dan mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2008. 

Majlis pelancaran rasmi penubuhan YAKEB telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 25 Julai 2009.

Isteri Perdana Menteri, YABhg. Datin Paduka Sri Rosmah Mansor adalah Penaung kepada Yayasan ini.

Bekas ratu pecut tanah air, Dato' Paduka Dr. Mumtaz Jaffar dilantik sebagai Pengerusi pertama bersama barisan Ahli Lembaga yang terdiri daripada Datuk Wira Mazlan Ahmad, Dato' Zolkples Embong, Prof Dato' Khairil Anas Jusoh, Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan, Dato' Anthony Firdauz Bujang, Dato' Dr. Ramlan Aziz, Datin Sri Ismalina Ismail, Tuan Hj. Ibrahim Mohamad - kini diterajui kepimpinan baru, (rujuk ruangan Lembaga Pengarah).

Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat, bekas jaguh Olimpik, Dato' Soh Chin Aun, Dato' Nashatar Singh, Dato' M.Rajamani, Rosman Alwi, Ishtiaq Mubarak serta Sidek Brothers - Datuk Misbun, Razif, Jalani, Rahman, dan Rashid Sidek adalah antara kumpulan awal bekas atlet yang berdaftar menjadi ahli YAKEB yang kini mencecah angka hampir 1300.

 

 

Hotline YAKEB!

03-8996 4841 / 4844

Warga kerja kami sentiasa bersedia membantu anda. Daftar sebagai ahli dan nikmati pelbagai manfaat.

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.

Tahukah Anda...

Rashid Sidek merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menjuarai Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1992 di Kuala Lumpur menewaskan Alan Budi Kusuma dari Indonesia, 15-9, 5-15, 15-7. 


Ishtiaq Mubarak adalah antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air, yang pernah mempamer kelibat di tiga temasya Sukan Olimpik - Tokyo 1964, Mexico 1968, dan Munich 1972.


Datuk Ghani Minhat pernah menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Kejohanan Sukan Asia 1962, rekod jaringan yang tidak terusik sehingga hari ini.


Rabuan Pit adalah atlet pecut terakhir dari Malaysia yang pernah bergelar Raja Pecut Asia, apabila meraih emas Sukan Asia New Delhi 1982. 

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates