1) Pusat Sumber Strategik Untuk Atlet Negara
Berfungsi sebagai satu pusat sumber yang strategik dalam usaha untuk membentuk, menyediakan databank yang lengkap dan kemaskini mengenai segala maklumat atlet negara sama ada yang masih aktif atau telah bersara, termasuk atlet kelainan upaya (OKU) yang bermula sejak penyertaan atlet negara dalam Sukan SEAP sejak tahun 1959, Sukan SEA sejak 1977, Sukan Asia sejak 1958, Sukan Komanwel sejak 1950, dan Sukan Olimpik sejak 1956.
2) Pengumpulan Dana
Mewujudkan dan melaksanakan program yang sesuai sama ada bersama pihak/agensi kerajaan ataupun swasta dalam usaha untuk pengumpulan dana. Dana ini kemudiannya akan disalurkan untuk kebajikan para bekas atlet kebangsaan yang berdaftar sebagai ahli YAKEB.
3) Pembangunan Pendidikan dan Kerjaya
Membantu atlet negara supaya diberi keutamaan dalam memperolehi peluang pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan memperolehi diskaun pembayaran yuran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara melalui pembinaan dan pembentukan hubungan kerjasama yang erat antara YAKEB dengan IPTA/IPTS.
4) Kemahiran dan Keusahawanan
Bekerjasama dengan agensi kerajaan, institusi latihan, dan kemahiran swasta atau kerajaan serta institusi kewangan dalam menyediakan dan mewujudkan peluang pembangunan kerjaya keusahawanan kepada atlet negara.
5) Bimbingan dan Kaunseling
Menyediakan khidmat sukarela daripada kaunselor pakar dari Universiti tempatan dalam aspek bimbingan dan kaunseling secara percuma untuk atlet negara melibatkan aspek-aspek seperti berikut :
- Kaunseling
- Kaunseling Kerjaya
- 'Psychological Intervention'
- 'Crisis Intervention'
- Skim Perlindungan Insurans Hayat Berkelompok untuk bekas atlet negara yang berumur sehingga 65 tahun.
- Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Berkelompok untuk bekas atlet negara yang berumur sehingga 70 tahun.
- Skim Perlindungan Insurans Hospital dan Perubatan untuk bekas atlet negara yang berumur sehingga 70 tahun.
- Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Berkelompok untuk bekas atlet negara berumur 71 tahun dan ke atas.
- Skim Bantuan Khas Yakeb :
- Atlet / Bekas Atlet yang meninggal dunia
- Atlet / Bekas Atlet yang dimasukkan ke hospital.
- Bencana Alam
- Suami / Isteri bekas atlet yang meninggal dunia.
- Atlet / Bekas Atlet yang melangsungkan perkahwinan.
- Bantuan kewangan bulanan kepada bekas atlet / OKU warga emas.
- Bantuan kewangan bulanan kepada bekas atlet negara /OKU yang tidak berupaya bekerja.
- Bantuan mendapatkan anggota palsu / alat tiruan / alat sokongan.
- Bantuan kewangan kepada bekas atlet negara / OKU untuk melanjutkan pelajaran.