UtamaFaedah AhliSkim Bantuan Yakeb

Skim Bantuan Khas

JENIS BANTUAN KADAR SYARAT KELAYAKAN
Atlet / Bekas Atlet Negara Meninggal Dunia RM 1,000

a) Atlet/Bekas Atlet Negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU) yang telah berdaftar dengan YAKEB, serta pernah mewakili negara dalam salah satu kejohanan sukan seperti berikut : 

Olimpik, Komanwel, Asia, Sukan Sea, Paralimpik dan Kejohanan Sukan Dunia yang diiktiraf.

b) Perkahwinan - hanya perkahwinan yang disahkan serta yang pertama dalam satu-satu masa.

Atlet / Bekas Atlet Dimasukkan Ke Hospital RM 500
Bencana Alam RM 500
Suami / Isteri Atlet atau Bekas Atlet Meninggal Dunia RM 500
Atlet / Bekas Atlet Negara Yang Melangsungkan Perkahwinan RM 250
Bantuan Bekas Atlet Negara/OKU Warga Emas RM 300 sebulan

a) Bekas atlet negara/OKU warga emas berumur 65 tahun ke atas

b) Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup

c) Tiada keluarga atau menmpunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan. 

d) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

e) Bekas Atlet Negara/OKU berdaftar dengan YAKEB.

Bantuan Bekas Atlet Negara/OKU Tidak Berupaya Bekerja RM 150 sebulan

a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

b) Tiada sumber pendapatan tetap (sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain)

c) Bekas atlet negara/OKU berdaftar dengan YAKEB

Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan Kadar sebenar alat tiruan

a) Bekas atlet negara/OKU yang berdaftar dengan YAKEB

b) Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan yang bertauliah

c) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

Bantuan Kewangan Kepada Bekas Atlet Negara/OKU Untuk Melanjutkan Pelajaran

Peringkat Sijil (RM500/semester)

Peringkat Diploma (RM 1000/semester)

Peringkat Ijazah Pertama              (RM 1500/semester)

a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

b) Tiada sumber pendapatan tetap (sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain)

c) Bekas atlet negara/OKU berdaftar dengan YAKEB

 

Tahukah Anda...

Rashid Sidek merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menjuarai Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1992 di Kuala Lumpur menewaskan Alan Budi Kusuma dari Indonesia, 15-9, 5-15, 15-7. 


Ishtiaq Mubarak adalah antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air, yang pernah mempamer kelibat di tiga temasya Sukan Olimpik - Tokyo 1964, Mexico 1968, dan Munich 1972.


Datuk Ghani Minhat pernah menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Kejohanan Sukan Asia 1962, rekod jaringan yang tidak terusik sehingga hari ini.


Rabuan Pit adalah atlet pecut terakhir dari Malaysia yang pernah bergelar Raja Pecut Asia, apabila meraih emas Sukan Asia New Delhi 1982. 

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates