Bicara Pengerusi

...بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamu’alaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Melalui krew YAKEB Prihatin, lebih 1875 ahli yang terdiri daripada bekas atlet telah dibantu (termasuk keluarga 67 ahli yang telah meninggal dunia) merangkumi pelbagai aspek manfaat seperti bantuan rawatan perubatan, pembayaran insurans dan khairat kematian, bantuan bencana alam, sumbangan ehsan, sumbangan peralatan, dan sokongan mendapatkan peluang perniagaan

(klik Skuad YAKEB Prihatin untuk lihat senarai atlet yang telah dibantu). 

Sebagai menghargai bekas atlet negara, YAKEB telah mengambil inisiatif untuk memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar anak-anak bekas atlet yang akan melangkah masuk ke tingkatan satu tahun 2013 diberikan penempatan di Sekolah Berasrama Penuh di bawah kuota YAKEB. Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM telah meluluskan pemberian kuota 10 tempat khas kepada anak-anak bekas atlet negara yang layak ke tingkatan satu SBP di seluruh negara mulai 2013. 

Maklumat lanjut sila baca Penempatan Murid di Bawah Kuota YAKEB ke Sekolah Berasrama Penuh.

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat, tokoh bolasepak negara, yang meninggal dunia pada Jumaat, 28 September 2012 selepas mengalami kompilikasi akibat pembedahan pintasan jantung.

Allahyarham, 77 tahun, meninggalkan balu, Puan Sri Tengku Aisyah Tengku Ibrahim, 67 tahun, dan empat anak, Nik Abdul Halim, 42 tahun, Nik Salwani, 40 tahun, Nik Sarina, 38 tahun, dan Nik Mohd Hanif, 37 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara, pada jam 10.34 pagi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 hari yang sama selepas solat Asar.

Pemergian allahyarham yang cukup terkenal sebagai ‘Raja Bola’ diratapi seluruh warga sukan tanah air, dengan deretan bekas pemain bolasepak kebangsaan dan lagenda sukan tanah air hadir menziarah jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Antaranya Datuk Dell Akbar Khan, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Bakri Ibni, Irfan Bakti, Khalid Ali, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, dan Azlan Johar, selain tokoh pemimpin seperti Datuk Jamil Salleh, Dato’ Sri Zolkples Embong, Dato’ Dr. Ramlan Aziz, Datuk Khalid Yunus, Datuk Subahan Kamal dan Dato’ Paduka Mumtaz Jaffar.

Ghani, yang merupakan tonggak skuad pemenang gangsa Piala Asia 1962, telah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 25 September lepas.

Menurut anak sulung beliau, Nik Abdul Halim : “Ayah sebenarnya tidak sakit, tetapi oleh kerana tiga injap jantungnya sudah tersumbat, kami sekeluarga menetapkan untuk membuat pembedahan pintasan jantung. Beliau sedar tentang risiko tinggi pembedahan itu, tetapi mahu meneruskannya.

“Pembedahan berjalan dengan lancar, dan berjaya, tetapi mungkin faktor usia ayah menyebabkan proses pemulihan tidak lancar seperti diharapkan.

“Selepas menjalani pembedahan pada Selasa, pagi Rabu beliau berada dalam keadaan kritikal. Kemudian, pagi tadi beliau sedar dan memberikan senyuman kepada adik saya, jadi kami menjangkakan ayah akan stabil tetapi sudah ketentuan Illahi ayah telah meninggalkan kita semua,” katanya.

Di zaman kegemilangannya, Allahyarham adalah ‘batch’ pertama yang membantu skuad Malaya menjuarai Piala Merdeka tiga tahun berturut-turut dari 1958 – 1960, memenangi pingat emas Sukan SEAP 1961 di Rangoon dan mengetuai skuad yang menang gangsa Sukan Asia 1962, yang mana beliau menjaringkan kesemua empat gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Vietnam Selatan.

Malah, belum ada pemain yang berupaya memecahkan rekod jaringan luar biasanya yang menjaringkan 11 gol ketika menentang Filipina pada aksi peringkat kumpulan Sukan Asia dan lebih 100 gol secara keseluruhan bersama pasukan kebangsaan.

Sejurus bersara, beliau yang menjadi rakyat Malaysia pertama mendapat lesen kejurulatihan dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mula terbabit dalam bidang kejurulatihan dan melatih beberapa pasukan antaranya Malaysia, Selangor dan Kelab Sultan Sulaiman.

Pengerusi YAKEB, Datuk Jamil Salleh ketika ditemui pemberita berkata : “Saya amat terkejut dengan pemergian beliau, memang beliau sudah berusia tetapi beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit. Ia satu kehilangan yang besar.

“Saya yakin ramai tidak tahu tentang betapa aktifnya beliau di dalam aktiviti kebajikan, terutamanya melalui YAKEB. Beliau tidak pernah terlepas walau satupun program yang yayasan ini anjurkan, dan sentiasa mewakili YAKEB dalam pelbagai siri lawatan yang kami anjurkan.

“Beliau seorang yang cukup ceria dan peramah, rendah diri dan suka berjenaka, bergurau. Kami tidak anggap beliau sebagai ahli YAKEB atau bekas atlet semata-mata, tetapi sudah seperti sebuah keluarga, Beliau umpama ayah kepada kami semua malah pada bulan Ramadhan yang lalu beliau ada menyerahkan sebuah album koleksi gambar-gambarnya untuk saya jadikan kenangan.

“InsyaAllah kenangan beliau akan kita abadikan di sudut atlet yang sedang dalam pembinaan, dan kita akan cuba untuk bukukan cerita tentang beliau dan perjuangannya dengan bantuan pihak tertentu.”

**Kenangan terakhir : Allahyarham ketika mewakili YAKEB menyampaikan sumbangan kepada bekas kapten skuad Olimpik, Datuk M.Chandran pada 18 September lalu**

Sebagai ahli YAKEB, keluarga Allahyarham akan menerima sumbangan khairat kematian YAKEB berjumlah RM11,000.

Kami dari YAKEB, mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Pelawat Ke YAKEB


31/09 Dato' Yogeswaran

31/09 Ambarasu

Happy Birthday

27/10 Mustan Singh

27/10 Ho Yee Sum

27/10 Vasanthi A/P Utrabadi

27/10 Hj Ismail Bin Ahmad

27/10 Ariff Bin Ramli

27/10 Mohd Romli Bin Saad

27/10 Marwan Bin Mat Rus

28/10 Shamimi Selvarani Abdullah

28/10 Kumar Sandragasam

28/10 Mohamad Jusri Bin Rick

28/10 Saidin Bin Osman

28/10 Muhammad Hafiz Wong Bin Abdullah

29/10 Krishnan a/l Govindan

29/10 Beh Shun Thing

29/10 Sangralingam a/l Mahalingam

29/10 Harnahal Singh A/L Sewa Singh

29/10 Alegaratnam a/l Kunaratnam

30/10 Ahmad Tajnie Bin Mohd Ali

30/10 Mary Lim

30/10 Tan See Wah

30/10 Geinod Lozitin

30/10 Rahizam Bin Ramli

30/10 Mohd Lufti Zaim Bin Abdul Khalid

31/10 Low Sow Cheng

31/10 Tricia Chuah Huei Ming

31/10 Abdul Karim Bin Shaari

Skuad YAKEB Prihatin

YAKEB Kehilangan Lagenda Sukan Bina Badan Negara

  • Allahyarham Kamis Bujang Bin Taha Meninggal pada 12/10/2014

Terima Kasih

 

Hubungi Kami

Aras 2, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kompleks Sukan Negara, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.

TEL : 0389964841/4844

FAX : 0389964839

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan