
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara, YAKEB sedang giat berusaha untuk mevariasikan penggunaaan kad ahli YAKEB, seterusnya memberi nilai tambah kepada kad keahlian tersebut yang diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar dengan YAKEB.
Kad keahlian tersebut akan boleh digunapakai dalam masa terdekat untuk MENDAPATKAN DISKAUN dalam urusan pembelian di tempat-tempat terpilih seperti Pasaraya, Farmasi, Klinik, Kedai Peralatan Sukan, Restoran, selain diskaun penggunaan pengangkutan awam dan sebagainya. Semua kelebihan ini khusus untuk anda yang bergelar bekas atlet negara, kerana Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.
Untuk itu juga, kami menyeru agar anda di luar sana, sama ada pemilik restoran, premis perniagaan kecil mahupun besar, agensi-agensi kerajaan mahupun swasta, untuk turut sama mengambil bahagian dalam Kempen Yakeb - Kebajikan Anda Keprihatinan Kami ini, sebagai tanda pengiktirafan kepada wira sukan negara, yang juga berpotensi memberi nilai tambah kepada perniagaan anda.
Kami sedang dalam proses memuktamadkan perbincangan bersama beberapa pihak yang telahpun menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam Kempen ini, dan akan hadir dengan senarai lengkap di mana Kad Ahli Yakeb dapat digunakan dari semasa ke semasa.


