Paparan Bergambar

Dari Meja Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui barisan baru kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB.

Peranan Diiktiraf

Jasa wira negara yang berkorban tenaga dan keringat untuk mengharumkan nama negara harus mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana sumbangan mereka kepada negara terlalu besar, justeru inisiatif Yakeb ini membuktikan kita tidak pernah melupakan jasa mereka dan menghargai apa yang mereka sumbangkan untuk tanah air tercinta.

Kelebihan Kad Ahli

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara, YAKEB sedang giat berusaha untuk mevariasikan penggunaaan kad ahli YAKEB, seterusnya memberi nilai tambah kepada kad keahlian tersebut yang diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar dengan YAKEB.

Wajah Baru Yakeb

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh sebagai Pengerusi baru YAKEB menggantikan Dato' Paduka Dr. Mumtaz Jaffar, yang tamat tempoh perkhidmatan Oktober lalu.

UtamaContent TopDari Meja Pengerusi

Dari Meja Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui barisan baru kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB.

Sesungguhnya saya menyahut amanah ini dengan rasa seribu tanggungjawab dan akan cuba sedaya mungkin bagi meneruskan tradisi membawa YAKEB ke  arah kecemerlangan dengan mengutamakan kebajikan para ahli yang terdiri daripada bekas atlet negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga buat YABhg. Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor yang kembali sebagai Penaung YAKEB yang sebelum ini melepaskan jawatan kerana terikat dengan pelbagai komitmen lain. Ini sekaligus membuktikan perhatian dan komitmen ditunjukkan YABhg. Datin Paduka terhadap kebajikan dan nasib bekas atlet begitu tinggi dan tiada tolok bandingnya.

Tidak lupa, terima kasih juga kepada Dato’ Paduka Mumtaz Jaffar yang telah berjaya membawa dan mengangkat martabat YAKEB ke kedudukan sekarang ini, dan adalah menjadi tugas saya serta rakan-rakan di dalam barisan kepimpinan baru untuk mencorakkannya dengan visi dan misi baru seiring dengan ketetapan YB Menteri Belia dan Sukan, dengan berlandaskan objektif yang sama iaitu membantu menguruskan kebajikan bekas atlet negara.

Sesungguhnya bermula dari hari pertama saya menjejakkan kaki di pejabat YAKEB, segala rancangan transformasi bagi memastikan peningkatan dari segi kualiti perkhidmatan di YAKEB telahpun dimulakan. Perubahan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan perubahan di pejabat YAKEB itu sendiri. Saya percaya dengan memiliki suasana kerja yang kondusif, akan menyumbang kepada output dan hasil kerja yang lebih memberangsangkan, dan ini ditambah pula dengan penyediaan kursus dan sebagainya untuk meningkatkan lagi pengetahuan warga kerja itu sendiri.

Kita juga akan menyediakan Sudut Atlet yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bahan bacaan untuk mereka bersantai bertemu rakan-rakan di kalangan bekas atlet – saya lihat ini sebagai satu platform yang baik untuk mengalu-alukan lebih ramai bekas atlet ke pejabat YAKEB, sekaligus menyaksikan suasana perubahan itu bukan sahaja dirasai warga kerja, tetapi juga para ahli yang berdaftar dengan kita.

Kita juga akan memastikan dengan adanya YAKEB ini, segala maklumat mengenai bekas atlet dapat dikumpulkan, dan disampaikan kepada peminat sukan melalui penceritaan semula oleh panel editorial yang kita ada. Maklumat serta data yang kita perolehi sangat bernilai, sekaligus menjadikan YAKEB sebagai pusat rujukan pihak luar. Kita akan memastikan ianya dipelihara dan digunakan sebaik mungkin.

Melalui laman web YAKEB, segala maklumat yang dipaparkan baik mengenai ahli, mahupun aktiviti semasa akan sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan lagi mutu persembahannya.

Selaras dengan objektif utama penubuhan YAKEB untuk membantu menguruskan kebajikan ahli, YAKEB akan sentiasa berusaha untuk menilai dan menambah-baik Skim Bantuan yang kita sedia ada, dan untuk itu, YAKEB akan mengadakan bengkel khusus melibatkan antara 10-15 ahli, untuk kita bertukar-tukar pandangan khususnya dari segi keperluan bekas atlet itu sendiri dan dari situ kita akan cuba memenuhi mana-mana keperluan yang mampu kita laksanakan sama ada serta merta, atau mengikut tempoh tertentu.

YAKEB sebagai organisasi bukan kerajaan perlu mencari dananya sendiri dan oleh itu, pelaksanaan program perlu diteruskan dengan lebih mementingkan soal kebajikan dan penglibatan para ahli, bukan bersifat untuk mencari publisiti semata-mata – meskipun diakui publisiti itu juga penting agar pihak korporat tahu ke mana perginya duit sumbangan yang mereka hulurkan kepada YAKEB. Namun perlu ada keseimbangan agar pembaziran dapat dielakkan dan inilah amanat yang telah diberikan YB Menteri kepada saya.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua pihak, termasuk para ahli YAKEB, rakan-rakan dari agensi kerajaan serta korporat, persatuan sukan, rakan penaja, rakan media mahupun mana-mana sahaja organisasi yang pernah membantu YAKEB untuk terus bersama bergandingan dengan kami, memikul tanggungjawab yang murni ini bagi merealisasikan segala visi dan misi yang dirancang, seterusnya mengiktiraf sumbangan bekas atlet yang begitu banyak berjasa dalam mengharumkan nama negara.

 

Hotline YAKEB!

03-8996 4841 / 4844

Warga kerja kami sentiasa bersedia membantu anda. Daftar sebagai ahli dan nikmati pelbagai manfaat.

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.

Tahukah Anda...

Rashid Sidek merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menjuarai Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1992 di Kuala Lumpur menewaskan Alan Budi Kusuma dari Indonesia, 15-9, 5-15, 15-7. 


Ishtiaq Mubarak adalah antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air, yang pernah mempamer kelibat di tiga temasya Sukan Olimpik - Tokyo 1964, Mexico 1968, dan Munich 1972.


Datuk Ghani Minhat pernah menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Kejohanan Sukan Asia 1962, rekod jaringan yang tidak terusik sehingga hari ini.


Rabuan Pit adalah atlet pecut terakhir dari Malaysia yang pernah bergelar Raja Pecut Asia, apabila meraih emas Sukan Asia New Delhi 1982. 

Sepintas Lalu

18/02/2012


Berlangsungnya Program Turun Padang YAKEB di Kluang, Johor. Dihadiri lebih 30 bekas atlet antaranya Sulaiman Anang, Kamardeen Ali, Azmi Md Jas, Yahya Ahmad dan Jamil Kadiron. 

Program dihadiri Datuk Jamil Salleh, yang kemudiannya meluangkan masa berama mesra, dan berdialog bersama para ahli. Pada majlis sama, YAKEB menyampaikan sumbangan RM 31,000 kepada balu Allahyarham Nordin Atan, bekas pesilat negara.


12/02/2012


Datuk Jamil Salleh bersama wargakerja YAKEB berkunjung ke rumah jaguh lumba basikal negara, Rosman Alwi untuk menyampaikan bantuan kepada ibu beliau, Norli Noramin.

Rosman menyatakan rasa terharu di atas bantuan yang diberikan.


21/01/2012 (Sabtu)


Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Nasir telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada bekas atlet ragbi negara, Hj. Zainal Mat Yen di kediaman anak beliau di Putrajaya. 

Hj. Zainal, 66 tahun, baru-baru ini menjalani pembedahan akibat urat saraf ke jantung beliau bengkak, dan dilaporkan sudah beransur pulih. 


19/01/2012 (Khamis) 


Barisan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb diketuai Datuk Jamil Salleh telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Penaung, Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana. Kunjungan menjurus kepada Proses Suai Kenal dan 'ice breaking' antara barisan Penaung dan barisan Ahli Lembaga baru Yakeb. 

Pertemuan berlagsung dalam suasana harmoni, dengan Datuk Paduka Rosmah menasihatkan Ahli Lembaga Pengarah agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan berdedikasi. 

Dewan Kemasyuran YAKEB

Pelawat Ke Pejabat Yakeb

21/02/12


Rina Jordana Adnan

Mohd Nor Ismail


17/02/12


Ong Swee Kan

S.Karunanithi

Teh Cheng Lee

Wong Foot Yong

N.Thanabalan

Sharrulhaizy Abd Rahman

Ahli Terbaru (Terkini - 22/02/12)

33 Ahli Baru Pada Feb 2012

Junaidah Ismail (Silat)

Ramlan@Mazlan Hamzah (Olahraga)

Zulfakar Abdul Majid (Silat)

Chi Siew Chein (Hoki)

Chi Chu Wah (Hoki)

Mohd Nor ISmail (Bolasepak)

Md Rizal Md Arib (Silat)

K.Balakrishnan (Bolasepak)

S.Subramaniam (Bolasepak) 

Mohd Qayyim Sujindren (Bolasepak)

Kamaruddin Ahmad (Bolasepak/Hoki)

Natasya Erina (Lawan Pedang)

Siti Hawa Ali (Lawn Bowl)

Siti Norwanhasme Che Me (Futsal)

Rina Jordana Adnan (Silat)

Rina Juliana Adnan (Silat)

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates