Paparan Bergambar

Dari Meja Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui barisan baru kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB.

Peranan Diiktiraf

Jasa wira negara yang berkorban tenaga dan keringat untuk mengharumkan nama negara harus mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana sumbangan mereka kepada negara terlalu besar, justeru inisiatif Yakeb ini membuktikan kita tidak pernah melupakan jasa mereka dan menghargai apa yang mereka sumbangkan untuk tanah air tercinta.

Kelebihan Kad Ahli

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara, YAKEB sedang giat berusaha untuk mevariasikan penggunaaan kad ahli YAKEB, seterusnya memberi nilai tambah kepada kad keahlian tersebut yang diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar dengan YAKEB.

Wajah Baru Yakeb

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh sebagai Pengerusi baru YAKEB menggantikan Dato' Paduka Dr. Mumtaz Jaffar, yang tamat tempoh perkhidmatan Oktober lalu.

UtamaContent TopPeranan Diiktiraf

Peranan Diiktiraf

Jasa wira negara yang berkorban tenaga dan keringat untuk mengharumkan nama negara harus mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana sumbangan mereka kepada negara terlalu besar, justeru inisiatif Yakeb ini membuktikan kita tidak pernah melupakan jasa mereka dan menghargai apa yang mereka sumbangkan untuk tanah air tercinta.

Kami percaya seluruh warga sukan yang berdaftar dengan Yakeb akan menikmati pelbagai manfaat hasil daripada penubuhannya.

Memasuki tahun 2012, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) meraikan ulangtahun keempat penubuhannya, dengan peranan yang semakin diiktiraf sebagai sebuah yayasan yang menjaga kebajikan bekas atlet, seiring dengan matlamat penubuhannya.

Bertemakan Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami, YAKEB giat memperkasakan usaha dan bergerak aktif untuk melakukan segala yang terbaik buat ahlinya, sekaligus memastikan tidak tersasar dari objektif utama penubuhan iaitu mengurus hal ehwal kebajikan bekas atlet dan terus dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang relevan kepada bekas atlet mahupun atlet yang masih aktif. 

Sejak penubuhannya, Yakeb sudah banyak berkembang bukan saja dari segi jumlah keahlian yang kini mencecah hampir 1,500 ahli namun turut berkembang secara menyeluruh khususnya peningkatan mutu perkhidmatan.

Sesungguhnya jumlah itu diakui masih belum cukup ramai, dan itulah juga sebab Yakeb sentiasa menggesa bekas atlet yang pernah mewakili negara untuk tampil mendaftar kerana ia memudahkan Yakeb membantu mereka yang memerlukan - mustahil untuk kami di Yakeb mengesan dan memberikan bantuan tanpa sebarang maklumat berkaitan. 

Buat masa ini, krew Yakeb, diketuai Datuk Jamil Salleh sendiri bergerak aktif di dalam mengesan seberapa ramai bekas atlet yang belum berdaftar menjadi ahli, melalui Program Yakeb Turun Padang, manakala atlet yang sakit atau meninggal dunia menerima bantuan sewajarnya mengikut skim yang ditetapkan.  

Di Yakeb, kami tidak mengamalkan diskriminasi atau 'pilih kasih'. Tiada istilah sukan popular didahulukan atau atlet ternama diutamakan. Bagi kami, mana-mana ahli tidak kira dari apa jenis sukan, kaum, bangsa, agama, latar belakang, malah atlet kelainan upaya (OKU), kesemuanya dilayan sama rata tanpa ada sikap prejudis. 

Kami  juga percaya jika setiap amanah dan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik, penuh keikhlasan dan teliti dalam menyalurkan bantuan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak saja menerima bantuan itu, secara sendirinya kita akan dilihat sebagai yayasan yang relevan kepada bekas atlet.

 

Hotline YAKEB!

03-8996 4841 / 4844

Warga kerja kami sentiasa bersedia membantu anda. Daftar sebagai ahli dan nikmati pelbagai manfaat.

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.

Tahukah Anda...

Rashid Sidek merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menjuarai Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1992 di Kuala Lumpur menewaskan Alan Budi Kusuma dari Indonesia, 15-9, 5-15, 15-7. 


Ishtiaq Mubarak adalah antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air, yang pernah mempamer kelibat di tiga temasya Sukan Olimpik - Tokyo 1964, Mexico 1968, dan Munich 1972.


Datuk Ghani Minhat pernah menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Kejohanan Sukan Asia 1962, rekod jaringan yang tidak terusik sehingga hari ini.


Rabuan Pit adalah atlet pecut terakhir dari Malaysia yang pernah bergelar Raja Pecut Asia, apabila meraih emas Sukan Asia New Delhi 1982. 

Sepintas Lalu

18/02/2012


Berlangsungnya Program Turun Padang YAKEB di Kluang, Johor. Dihadiri lebih 30 bekas atlet antaranya Sulaiman Anang, Kamardeen Ali, Azmi Md Jas, Yahya Ahmad dan Jamil Kadiron. 

Program dihadiri Datuk Jamil Salleh, yang kemudiannya meluangkan masa berama mesra, dan berdialog bersama para ahli. Pada majlis sama, YAKEB menyampaikan sumbangan RM 31,000 kepada balu Allahyarham Nordin Atan, bekas pesilat negara.


12/02/2012


Datuk Jamil Salleh bersama wargakerja YAKEB berkunjung ke rumah jaguh lumba basikal negara, Rosman Alwi untuk menyampaikan bantuan kepada ibu beliau, Norli Noramin.

Rosman menyatakan rasa terharu di atas bantuan yang diberikan.


21/01/2012 (Sabtu)


Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Nasir telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada bekas atlet ragbi negara, Hj. Zainal Mat Yen di kediaman anak beliau di Putrajaya. 

Hj. Zainal, 66 tahun, baru-baru ini menjalani pembedahan akibat urat saraf ke jantung beliau bengkak, dan dilaporkan sudah beransur pulih. 


19/01/2012 (Khamis) 


Barisan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb diketuai Datuk Jamil Salleh telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Penaung, Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana. Kunjungan menjurus kepada Proses Suai Kenal dan 'ice breaking' antara barisan Penaung dan barisan Ahli Lembaga baru Yakeb. 

Pertemuan berlagsung dalam suasana harmoni, dengan Datuk Paduka Rosmah menasihatkan Ahli Lembaga Pengarah agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan berdedikasi. 

Dewan Kemasyuran YAKEB

Pelawat Ke Pejabat Yakeb

21/02/12


Rina Jordana Adnan

Mohd Nor Ismail


17/02/12


Ong Swee Kan

S.Karunanithi

Teh Cheng Lee

Wong Foot Yong

N.Thanabalan

Sharrulhaizy Abd Rahman

Ahli Terbaru (Terkini - 22/02/12)

33 Ahli Baru Pada Feb 2012

Junaidah Ismail (Silat)

Ramlan@Mazlan Hamzah (Olahraga)

Zulfakar Abdul Majid (Silat)

Chi Siew Chein (Hoki)

Chi Chu Wah (Hoki)

Mohd Nor ISmail (Bolasepak)

Md Rizal Md Arib (Silat)

K.Balakrishnan (Bolasepak)

S.Subramaniam (Bolasepak) 

Mohd Qayyim Sujindren (Bolasepak)

Kamaruddin Ahmad (Bolasepak/Hoki)

Natasya Erina (Lawan Pedang)

Siti Hawa Ali (Lawn Bowl)

Siti Norwanhasme Che Me (Futsal)

Rina Jordana Adnan (Silat)

Rina Juliana Adnan (Silat)

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates