Paparan Bergambar

Joomla gallery by joomlashine.com

Paparan

Dari Meja Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui barisan baru kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB.

Peranan Diiktiraf

Jasa wira negara yang berkorban tenaga dan keringat untuk mengharumkan nama negara harus mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana sumbangan mereka kepada negara terlalu besar, justeru inisiatif Yakeb ini membuktikan kita tidak pernah melupakan jasa mereka dan menghargai apa yang mereka sumbangkan untuk tanah air tercinta.

Kelebihan Kad Ahli

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara, YAKEB sedang giat berusaha untuk mevariasikan penggunaaan kad ahli YAKEB, seterusnya memberi nilai tambah kepada kad keahlian tersebut yang diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar dengan YAKEB.

Wajah Baru Yakeb

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh sebagai Pengerusi baru YAKEB menggantikan Dato' Paduka Dr. Mumtaz Jaffar, yang tamat tempoh perkhidmatan Oktober lalu.

UtamaArkib BeritaTerima Kasih Yakeb!

Terima Kasih Yakeb!

Terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberi kepada saya untuk menerajui YAKEB sejak ia ditubuhkan. Pelbagai pengalaman saya tempuh dalam tempoh 3 tahun memegang pucuk pimpinan YAKEB, dan saya gembira tanggungjawab ini telah saya laksanakan dengan hati terbuka.

 

Hanya seorang atlet, yang paling memahami penat lelah dan pengorbanan seseorang atlet itu, justeru saya berbangga diberi peluang untuk berbakti dan melakukan sesuatu yang bermakna untuk warga bekas atlet yang banyak berjasa di dalam mengharumkan nama negara.

Saya lihat jumlah keahlian yang semakin bertambah dari hari ke hari, sebagai satu perkembangan positif, yang manasaya yakin ia didorong oleh inisiatif yang kita ambil di dalam menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet. Ini sekaligus membuktikan kredibiliti YAKEB sebagai sebuah yayasan yang relevan dalam menjaga hal ehwal kebajikan atlet selepas mereka bersara, dan dalam masa sama melonjakkan kebolehpercayaan bekas atlet terhadap peranan yang kita mainkan.

Selepas beroperasi lebih 3 tahun, jumlah keahlian YAKEB kini mencecah 1300 ahli, di mana kita mendapat ahli baru hampir setiap hari - tahniah dan syabas kepada semua warga kerja YAKEB yang berusaha keras menjalankan tanggungjawab dengan baik di dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, menghebahkan peranan dan kepentingan YAKEB kepada bekas atlet, seterusnya mengangkat reputasi YAKEB ke tahap yang wajar disegani.

Apapun, kita tidak harus mudah berpuas hati kerana jumlah itu sebenarnya belum cukup ramai, dan saya mahu lebih ramai individu yang pernah bergelar atlet kebangsaan untuk mendaftar sebagai ahli YAKEB, dan sekiranya jika kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik, penuh keikhlasan dan teliti dalam menyalurkan bantuan, secara sendirinya kita akan dilihat sebagai relevan kepada mereka.

Harapan saya, Yakeb akan terus berdiri teguh, dan meneruskan misi berbakti kepada warga bekas atlet. Saya telah memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk tampil dengan senarai ahli lembaga baru apabila tempoh pelantikan saya dan ahli lembaga lain tamat pada Oktober, dan saya yakin
KBS telah memilih calon pengganti tepat, yang berwibawa dan berkarisma untuk terus memimpin YAKEB.

Dengan pengalaman luas Datuk Jamil Salleh sebagai Timbalan Ketua Setiausaha KBS, kredibiliti, dan ciri-ciri kepimpinan tinggi yang beliau miliki, saya yakin Datuk Jamil akan memacu YAKEB ke arah kejayaan lebih gemilang.

Kepada Datuk Jamil, saya ucapkan selamat datang ke YAKEB, dan SELAMAT MAJU JAYA.

- Dato' Paduka Dr. Hjh. Mumtaz Begum Abd Jaffar - 

 

Hotline YAKEB!

03-8996 4841 / 4844

Warga kerja kami sentiasa bersedia membantu anda. Daftar sebagai ahli dan nikmati pelbagai manfaat.

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.

Apa Kata Mereka?

Saya telah menerima bantuan daripada YAKEB untuk menampung kos rawatan kedua-dua kaki saya. Saya amat berterima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan - R.Anthony Ratnam (Bolasepak, 1955 - 1963)


Dengan tertubuhnya YAKEB banyak manfaat yang diterima oleh atlet dan terasa amat dihargai. Yakeb perlu meluaskan pencarian bekas-bekas atlet yang mana banyak menghadapi kesukaran dalam kehidupan masing-masing – Khamal Idris Ali (Bolasepak, 1993-1996)


Ahli-ahli sukan pada masa dahulu tidak pernah mendapat keistimewaan seperti sekarang. Dahulu kami bersukan demi negara bukan wang ringgit. Terima kasih YAKEB! – Hj. Zambrose Abdul Rahman (Olahraga, 1961 – 1971)


Tahniah serta syabas di atas kewujudan YAKEB, setelah menunggu puluhan tahun, ini hasilnya, idea yang kreatif serta bernas untuk memberi pengiktirafan, kebajikan para atlet yang telah berusaha untuk mengharumkan nama negara di mata dunia. Terima kasih. – Wan Harun Wan Ahmad (Renang Paralimpik, 1992-2010) 


Dengan adanya bantuan rawatan perubatan, skim insurans, bantuan kewangan selain sokongan moral, saya menganggap ianya sebagai penghargaan terbesar buat bekas atlet yang telah diusahakan YAKEB – Joseph Phan Soon Fatt (Olahraga, 1982-1988)


Kemunculan YAKEB adalah tepat pada waktunya tatkala kami para atlet tiada tempat untuk menumpang paut, saya secara peribadi amat bertuah dan berbangga menjadi ahli YAKEB. Semoga YAKEB akan terus cemerlang dalam memberikan khidmat setaraf negara-negara maju dalam bidang sukan. – Shahidon Hanafiah (Boling Padang Paralimpik)


Saya telah mengalami penyakit saraf pada 2009. Yakeb telah banyak membantu dengan menanggung kos perjalanan, tempat tinggal, kos rawatan dan kos pembedahan yang saya jalani di Hospital Assuntha. Saya terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan. Yakeb wajar diberikan pujian, tiada kata yang lebih baik dapat diungkapkan. – Yahaya Jusoh (Bolasepak, 1970)

Sepintas Lalu

24/04/2012 (Selasa)


Pelancaran Kad Ahli @ Diskaun YAKEB oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mewakili Penaung YAKEB, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berlangsung dengan jayanya di Sri Perdana, Putrajaya. Lebih 100 bekas atlet hadir memeriahkan program ini.

Dengan pelancaran kad diskaun ini, para ahli YAKEB boleh menikmati pelbagai manfaat terutamanya bagi mendapatkan diskaun bayaran perkhidmatan, juga rawatan perubatan. Setakat ini 32 syarikat mengambil bahagian dalam menjayakan program ini, dan usaha untuk menambah penyertaan syarikat ke program ini akan berterusan. 


10/04/2012 (Isnin)


Datuk Jamil Salleh bersama-sama Dato' Malek Noor dan pemain skuash negara, Azlan Iskandar telah melawat lagenda bolasepak tanah air, Datuk Ghani Minhat di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya. 

Ghani, dimasukkan ke ICU Jumaat lalu selepas mengalami tekanan darah rendah, dan keadaannya kini dilaporkan stabil.


04/04/2012 (Rabu)


Berlangsungnya perbincangan antara wakil YAKEB terdiri daripada Dato' Malek Noor, Dato' Noorul Ariffin, Zuhairi Abd Manaf, Kamarulzaman Yussoff, dan Aminuddin Nasir bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Shafaai Musa.

Perbincangan menjurus kepada mengintai peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua pihak.

Dewan Kemasyuran YAKEB

Pelawat Ke Pejabat Yakeb

11/05/12 (Jumaat)


Ahamad Fouzi bin Sabu @ Othman



10/05/2012


Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman

Mohd Reduan bin Abdullah

Ahli Terbaru (Terkini - 16/05/12)

-- Mei 2012 (4) --

N N Banerji (Kriket)

Kamaruddin Abdul Ghani (Ekuestrian)

Mohamad Zainal Husin (Hoki)

V. Thinagaran (Bolasepak)

Nur Hidayah Abdul Wahid (Gimrama)

Azam Hadi Abass (Silat)

Adam Abdul Hamid (Boling)

Mohd Abdul Hadi (Hoki)

Daphne Boudville (Hoki)

Mohd Zamrin Kassim (Lawan Pedang OKU)

Shazleen Shariff (Pentanque)

Roslan Jamaluddin (Hoki)

Elaine Teo (Taekwondo)

Hamzah Ismail (Memanah)

Azlan Johar Johari (Ragbi)

Nurrashidah Abd Rashid (Sepaktakraw)

Poopathy Nagappan (Olahraga)

-- April 2012 (26) --

Yvonne Boudville (Olahraga)

Winifred Pharamond (Olahraga)

Norhayati Ahmad (Sepaktakraw)

S. Jivan Mohan (Hoki)

Nik Safuan Ismadi (Ragbi)

Ho Chee Meng (Bola Tampar)

Zuraidi Putih (Lawn Bowl)

Low Poh Lian (Boling)

Amarjit Nock Singh (Tinju)

B.Satianathan (Bolasepak)

Hanapiah Nasir (Olahraga)

Ilias Yahya (Olahraga)

Muhammad Nabil Jeffri (Motor)

See Kim Seng (Bolasepak)

Teoh Yih Huat (Bolasepak)

Jalil Bin Tahir (Berbasikal)

Mohamad Shahibullah Ambi (Silat)

Anderson Anak Venus (Judo)

Jafferi Muhammad Nor (Olahraga)

Busman Noor (Gimnastik)

Chun Chuan Pin (Taekwondo)

Mohamad Andy Kabil (Silat)

Mas Putih Kabil (Silat)

Azaliza Ali (Silat)

Zainal Abidin Othman (Sepaktakraw)

Arumugam A/L Malayandy (Olahraga)

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates