Paparan Bergambar

Dari Meja Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui barisan baru kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB.

Peranan Diiktiraf

Jasa wira negara yang berkorban tenaga dan keringat untuk mengharumkan nama negara harus mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana sumbangan mereka kepada negara terlalu besar, justeru inisiatif Yakeb ini membuktikan kita tidak pernah melupakan jasa mereka dan menghargai apa yang mereka sumbangkan untuk tanah air tercinta.

Kelebihan Kad Ahli

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara, YAKEB sedang giat berusaha untuk mevariasikan penggunaaan kad ahli YAKEB, seterusnya memberi nilai tambah kepada kad keahlian tersebut yang diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar dengan YAKEB.

Wajah Baru Yakeb

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh sebagai Pengerusi baru YAKEB menggantikan Dato' Paduka Dr. Mumtaz Jaffar, yang tamat tempoh perkhidmatan Oktober lalu.

UtamaFeaturedLaksanakan Tugas Penuh Keikhlasan, Dedikasi : Rosmah

Laksanakan Tugas Penuh Keikhlasan, Dedikasi : Rosmah

Isteri YAB Perdana Menteri, juga Penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mahu Yayasan itu yang ditubuhkan sejak 4 tahun lalu, terus berada di landasan tepat dalam membela nasib dan menjaga hal ehwal kebajikan para ahlinya, yang terdiri daripada atlet dan bekas atlet kebangsaan.

Beliau yang menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan baru diketuai Pengerusi Yakeb, Datuk Jamil Salleh buat kali pertama di Sri Perdana minggu lalu, menyatakan rasa bangga terhadap apa yang telah dilaksanakan Datuk Jamil sejak mengambil alih teraju kepimpinan daripada Dato’ Paduka Mumtaz Jaffar sejak Oktober lalu, dan mahu momentum yang sedia tercipta ini berkekalan agar Yakeb terus kekal relevan dalam mencapai matlamat penubuhannya.

Dalam pertemuan yang lebih berupa kepada Program Suai Kenal juga ‘ice-breaking’ antara beliau sebagai Penaung dan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb itu, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah diperkenalkan kepada barisan kepimpinan Yakeb yang terdiri daripada kombinasi peneraju badan sukan negara dan juga bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara oleh Datuk Jamil.

Datuk Jamil juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah, di atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada bekas atlet apabila sudi kembali sebagai Penaung Yakeb, yang mana membuktikan komitmen dan sokongan berterusan beliau kepada bekas atlet tidak pernah sekalipun pudar.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah kemudiannya menerima penjelasan terperinci daripada Datuk Jamil tentang gambaran sebenar kedudukan Yayasan serta perancangan yang telah dicapai sewaktu Mesyuarat Ahli Lembaga tempoh hari, selain memaklumkan halatuju Yakeb di bawah pentadbiran baru yang mana lebih menumpukan kepada aspek kebajikan.

Datuk Jamil turut memaklumkan kepada Datin Paduka Seri Rosmah tentang perjalanan Program Yakeb bagi tahun 2012, dan tidak ketinggalan setiap pandangan dan cadangan yang diutarakan menerusi sessi dialog bersama bekas atlet pada setiap kali Program Turun Padang Yakeb.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah, nyata teruja dengan perkembangan semasa Yakeb, dan menasihatkan mereka agar bekerja penuh keikhlasan dan berdedikasi, selain menjaga imej dan nama baik Yakeb.

Maklumbalas positif yang diterima, pastinya menyuntik semangat Ahli Lembaga Pengarah untuk terus bekerja keras bagi meneruskan tradisi kecemerlangan di Yakeb, khususnya di dalam membela nasib bekas atlet. 

 

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 27/01/2012 : 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

 

Hotline YAKEB!

03-8996 4841 / 4844

Warga kerja kami sentiasa bersedia membantu anda. Daftar sebagai ahli dan nikmati pelbagai manfaat.

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.

Tahukah Anda...

Rashid Sidek merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menjuarai Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1992 di Kuala Lumpur menewaskan Alan Budi Kusuma dari Indonesia, 15-9, 5-15, 15-7. 


Ishtiaq Mubarak adalah antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air, yang pernah mempamer kelibat di tiga temasya Sukan Olimpik - Tokyo 1964, Mexico 1968, dan Munich 1972.


Datuk Ghani Minhat pernah menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Kejohanan Sukan Asia 1962, rekod jaringan yang tidak terusik sehingga hari ini.


Rabuan Pit adalah atlet pecut terakhir dari Malaysia yang pernah bergelar Raja Pecut Asia, apabila meraih emas Sukan Asia New Delhi 1982. 

Sepintas Lalu

18/02/2012


Berlangsungnya Program Turun Padang YAKEB di Kluang, Johor. Dihadiri lebih 30 bekas atlet antaranya Sulaiman Anang, Kamardeen Ali, Azmi Md Jas, Yahya Ahmad dan Jamil Kadiron. 

Program dihadiri Datuk Jamil Salleh, yang kemudiannya meluangkan masa berama mesra, dan berdialog bersama para ahli. Pada majlis sama, YAKEB menyampaikan sumbangan RM 31,000 kepada balu Allahyarham Nordin Atan, bekas pesilat negara.


12/02/2012


Datuk Jamil Salleh bersama wargakerja YAKEB berkunjung ke rumah jaguh lumba basikal negara, Rosman Alwi untuk menyampaikan bantuan kepada ibu beliau, Norli Noramin.

Rosman menyatakan rasa terharu di atas bantuan yang diberikan.


21/01/2012 (Sabtu)


Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Nasir telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada bekas atlet ragbi negara, Hj. Zainal Mat Yen di kediaman anak beliau di Putrajaya. 

Hj. Zainal, 66 tahun, baru-baru ini menjalani pembedahan akibat urat saraf ke jantung beliau bengkak, dan dilaporkan sudah beransur pulih. 


19/01/2012 (Khamis) 


Barisan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb diketuai Datuk Jamil Salleh telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Penaung, Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana. Kunjungan menjurus kepada Proses Suai Kenal dan 'ice breaking' antara barisan Penaung dan barisan Ahli Lembaga baru Yakeb. 

Pertemuan berlagsung dalam suasana harmoni, dengan Datuk Paduka Rosmah menasihatkan Ahli Lembaga Pengarah agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan berdedikasi. 

Dewan Kemasyuran YAKEB

Pelawat Ke Pejabat Yakeb

21/02/12


Rina Jordana Adnan

Mohd Nor Ismail


17/02/12


Ong Swee Kan

S.Karunanithi

Teh Cheng Lee

Wong Foot Yong

N.Thanabalan

Sharrulhaizy Abd Rahman

Ahli Terbaru (Terkini - 22/02/12)

33 Ahli Baru Pada Feb 2012

Junaidah Ismail (Silat)

Ramlan@Mazlan Hamzah (Olahraga)

Zulfakar Abdul Majid (Silat)

Chi Siew Chein (Hoki)

Chi Chu Wah (Hoki)

Mohd Nor ISmail (Bolasepak)

Md Rizal Md Arib (Silat)

K.Balakrishnan (Bolasepak)

S.Subramaniam (Bolasepak) 

Mohd Qayyim Sujindren (Bolasepak)

Kamaruddin Ahmad (Bolasepak/Hoki)

Natasya Erina (Lawan Pedang)

Siti Hawa Ali (Lawn Bowl)

Siti Norwanhasme Che Me (Futsal)

Rina Jordana Adnan (Silat)

Rina Juliana Adnan (Silat)

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates