Paparan Bergambar

Dari Meja Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui barisan baru kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB.

Peranan Diiktiraf

Jasa wira negara yang berkorban tenaga dan keringat untuk mengharumkan nama negara harus mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana sumbangan mereka kepada negara terlalu besar, justeru inisiatif Yakeb ini membuktikan kita tidak pernah melupakan jasa mereka dan menghargai apa yang mereka sumbangkan untuk tanah air tercinta.

Kelebihan Kad Ahli

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara, YAKEB sedang giat berusaha untuk mevariasikan penggunaaan kad ahli YAKEB, seterusnya memberi nilai tambah kepada kad keahlian tersebut yang diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar dengan YAKEB.

Wajah Baru Yakeb

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh sebagai Pengerusi baru YAKEB menggantikan Dato' Paduka Dr. Mumtaz Jaffar, yang tamat tempoh perkhidmatan Oktober lalu.

UtamaFeaturedBekas Atlet Hargai Program Turun Padang YAKEB!

Bekas Atlet Hargai Program Turun Padang YAKEB!

Program Turun Padang Yakeb di Alor Star, Kedah baru-baru ini, menerima sambutan meriah dan menggalakkan daripada para ahli YAKEB di utara tanah air, apabila lebih 50 ahli dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis hadir memeriahkan Program Pertama Yakeb bagi tahun 2012 itu.

Program Turun Padang Yakeb, yang diilhamkan Datuk Jamil Salleh, Pengerusi Yakeb, tidak lain bertujuan untuk mengenali para ahli dengan lebih dekat, beramah mesra dan mendengar sendiri apa pandangan dan cadangan mereka kepada Yakeb menerusi sessi dialog yang dikendalikan sendiri oleh Datuk Jamil.

 

Antara tokoh/wira sukan yang hadir adalah seperti Mohamad Jaafar, Nazmizan Muhamad, Zabidi Sharif, Adnan Saidin, Sulaiman Ibrahim, Mohd Yusof Bakar, Sajarultudur Hamzah, Abdul Malik Samsudin, Radhi Mat Din, Khamal Idris Ali, Salim Yusoff, Nidzam Adha, Manja Man dan ramai lagi wira sukan yang pernah mengharumkan nama negara.

Nyata, mereka menghargai inisiatif diambil Yakeb ini yang membolehkan mereka bertemu rakan-rakan lama, dan mengimbau nostalgia silam, tetapi juga menunjukkan betapa Yakeb tidak pernah sekalipun meminggirkan dan melupakan jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Pelbagai soalan, cadangan dan pendapat diutarakan, menunjukkan betapa mereka peka dan mengambil tahu akan perkembangan Yakeb dari semasa ke semasa. Datuk Jamil berjanji akan memberi perhatian wajar kepada setiap cadangan yang dikemukakan, dan menegaskan kebajikan atlet akan menjadi keutamaan tiap kali Yakeb menganjurkan sesuatu program selepas ini.

Pada majlis yang sama, Datuk Jamil mewakili Yakeb menyampaikan sumbangan kepada bekas pelumba basikal negara, Razak Khamis yang akan berkayuh ke London sempena Sukan Olimpik 2012 yang akan membuka tirai pada 27 Julai depan.

Razak berterima kasih kepada Yakeb di atas bantuan yang dihulurkan dan berharap akan ada lebih banyak pihak tampil membantu usahanya ini. Beliau bersama 6 lagi rakan akan merentasi 18 buah negara antaranya Thailand, China, Laos serta beberapa destinasi ditetapkan penganjur sebelum tiba di London.

 

Hotline YAKEB!

03-8996 4841 / 4844

Warga kerja kami sentiasa bersedia membantu anda. Daftar sebagai ahli dan nikmati pelbagai manfaat.

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.

Tahukah Anda...

Rashid Sidek merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menjuarai Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1992 di Kuala Lumpur menewaskan Alan Budi Kusuma dari Indonesia, 15-9, 5-15, 15-7. 


Ishtiaq Mubarak adalah antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air, yang pernah mempamer kelibat di tiga temasya Sukan Olimpik - Tokyo 1964, Mexico 1968, dan Munich 1972.


Datuk Ghani Minhat pernah menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Kejohanan Sukan Asia 1962, rekod jaringan yang tidak terusik sehingga hari ini.


Rabuan Pit adalah atlet pecut terakhir dari Malaysia yang pernah bergelar Raja Pecut Asia, apabila meraih emas Sukan Asia New Delhi 1982. 

Sepintas Lalu

18/02/2012


Berlangsungnya Program Turun Padang YAKEB di Kluang, Johor. Dihadiri lebih 30 bekas atlet antaranya Sulaiman Anang, Kamardeen Ali, Azmi Md Jas, Yahya Ahmad dan Jamil Kadiron. 

Program dihadiri Datuk Jamil Salleh, yang kemudiannya meluangkan masa berama mesra, dan berdialog bersama para ahli. Pada majlis sama, YAKEB menyampaikan sumbangan RM 31,000 kepada balu Allahyarham Nordin Atan, bekas pesilat negara.


12/02/2012


Datuk Jamil Salleh bersama wargakerja YAKEB berkunjung ke rumah jaguh lumba basikal negara, Rosman Alwi untuk menyampaikan bantuan kepada ibu beliau, Norli Noramin.

Rosman menyatakan rasa terharu di atas bantuan yang diberikan.


21/01/2012 (Sabtu)


Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Nasir telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada bekas atlet ragbi negara, Hj. Zainal Mat Yen di kediaman anak beliau di Putrajaya. 

Hj. Zainal, 66 tahun, baru-baru ini menjalani pembedahan akibat urat saraf ke jantung beliau bengkak, dan dilaporkan sudah beransur pulih. 


19/01/2012 (Khamis) 


Barisan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb diketuai Datuk Jamil Salleh telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Penaung, Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana. Kunjungan menjurus kepada Proses Suai Kenal dan 'ice breaking' antara barisan Penaung dan barisan Ahli Lembaga baru Yakeb. 

Pertemuan berlagsung dalam suasana harmoni, dengan Datuk Paduka Rosmah menasihatkan Ahli Lembaga Pengarah agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan berdedikasi. 

Dewan Kemasyuran YAKEB

Pelawat Ke Pejabat Yakeb

21/02/12


Rina Jordana Adnan

Mohd Nor Ismail


17/02/12


Ong Swee Kan

S.Karunanithi

Teh Cheng Lee

Wong Foot Yong

N.Thanabalan

Sharrulhaizy Abd Rahman

Ahli Terbaru (Terkini - 22/02/12)

33 Ahli Baru Pada Feb 2012

Junaidah Ismail (Silat)

Ramlan@Mazlan Hamzah (Olahraga)

Zulfakar Abdul Majid (Silat)

Chi Siew Chein (Hoki)

Chi Chu Wah (Hoki)

Mohd Nor ISmail (Bolasepak)

Md Rizal Md Arib (Silat)

K.Balakrishnan (Bolasepak)

S.Subramaniam (Bolasepak) 

Mohd Qayyim Sujindren (Bolasepak)

Kamaruddin Ahmad (Bolasepak/Hoki)

Natasya Erina (Lawan Pedang)

Siti Hawa Ali (Lawn Bowl)

Siti Norwanhasme Che Me (Futsal)

Rina Jordana Adnan (Silat)

Rina Juliana Adnan (Silat)

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates