
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharin Khamis, bekas pemain kebangsaan dari Perak yang menghembuskan nafas terakhir jam 9 malam semalam, 21 Disember (Rabu).
Mewakili YAKEB, Pengurus Keahlian, Aminuddin Md Nasir, telahpun melawat dan menyampaikan sumbangan khairat kematian YAKEB kepada keluarga allahyarham, lewat malam tadi.
Allahyarham Baharin, 62 tahun sebelum ini menderita penyakit ulser perut, dan antara ahli yang seringkali mendapat perhatian YAKEB ekoran masalah perubatan yang dialami beliau itu. Pemergian Baharin nyata satu kehilangan besar buat arena bolasepak tanah air.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat, dan moga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.



