
Selepas Melaka, Program Turun Padang Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) diteruskan lagi, kali ini di Jabatan Penjara Kajang.
Skuad diketuai Pengerusi YAKEB, Datuk Jamil Salleh bertujuan mengesan seberapa ramai bekas atlet negara yang berkhidmat bersama Jabatan Penjara seluruh negara, selain menyampaikan taklimat mengenai kewujudan, serta fungsi YAKEB kepada anggata jabatan berkenaan yang mungkin selama ini tidak sedar akan adanya YAKEB sebagai sebuah yayasan menjaga kebajikan bekas atlet kebangsaan.
Seramai hampir 50 anggota Jabatan Penjara turut serta di dalam taklimat serta sessi soal jawab bersama Pengerusi yang berlangsung selama hampir 2 jam, yang turut dihadiri Pengurus Perkhidmatan Korporat, Zuhairi Abdul Manaf, serta Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Md Nasir.
Program Turun Padang Yakeb adalah satu daripada inisiatif diilhamkan Datuk Jamil di dalam mendekati, beramah mesra, seterusnya mengeratkan hubungan antara Yakeb dan bekas atlet yang banyak berkorban di dalam mengharumkan nama negara.
Siri pertama program ini sebelum ini berlangsung pada 7 November lalu di King’s Hotel Melaka.



