
Tan Sri Muhyiddin Golf Charity (TSMGC), sebuah badan amal yang senantiasa menjalin kerjasama dengan mana-mana badan amal termasuk persatuan sukan dalam apa jua program amal kebajikan menyampaikan sumbangan kepada 7 bekas atlet kebangsaan yang berdaftar dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.
Sumbangan keseluruhan berjumlah RM35,000 iaitu RM5,000 setiap seorang disampaikan sendiri oleh Penaung TSMGC yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Muhyiddin Yassin, kepada kesemua 7 atlet berkenaan yang disenarai YAKEB dengan mengambil kira faktor ketidakupayaan akibat penyakit yang ditanggung, selain diharap dapat membantu meringankan beban kewangan mereka.
Penerima sumbangan : Samah Ali, Rameli Manap (Angkat Berat), Aysraf Anbalagan Abdullah, Baharin Khamis, Yahya Jusoh, Looi Loon Teck (Bolasepak), S.Karunanithi (Olahraga).



