Paparan Bergambar

Dari Meja Pengerusi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui barisan baru kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB.

Peranan Diiktiraf

Jasa wira negara yang berkorban tenaga dan keringat untuk mengharumkan nama negara harus mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana sumbangan mereka kepada negara terlalu besar, justeru inisiatif Yakeb ini membuktikan kita tidak pernah melupakan jasa mereka dan menghargai apa yang mereka sumbangkan untuk tanah air tercinta.

Kelebihan Kad Ahli

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara, YAKEB sedang giat berusaha untuk mevariasikan penggunaaan kad ahli YAKEB, seterusnya memberi nilai tambah kepada kad keahlian tersebut yang diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar dengan YAKEB.

Wajah Baru Yakeb

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh sebagai Pengerusi baru YAKEB menggantikan Dato' Paduka Dr. Mumtaz Jaffar, yang tamat tempoh perkhidmatan Oktober lalu.

Utama

Laksanakan Tugas Penuh Keikhlasan, Dedikasi : Rosmah

Isteri YAB Perdana Menteri, juga Penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mahu Yayasan itu yang ditubuhkan sejak 4 tahun lalu, terus berada di landasan tepat dalam membela nasib dan menjaga hal ehwal kebajikan para ahlinya, yang terdiri daripada atlet dan bekas atlet kebangsaan.

Beliau yang menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan baru diketuai Pengerusi Yakeb, Datuk Jamil Salleh buat kali pertama di Sri Perdana minggu lalu, menyatakan rasa bangga terhadap apa yang telah dilaksanakan Datuk Jamil sejak mengambil alih teraju kepimpinan daripada Dato’ Paduka Mumtaz Jaffar sejak Oktober lalu, dan mahu momentum yang sedia tercipta ini berkekalan agar Yakeb terus kekal relevan dalam mencapai matlamat penubuhannya.

Read more: Laksanakan Tugas Penuh Keikhlasan, Dedikasi : Rosmah
 

Kebajikan Fokus Utama : Datuk Jamil Salleh

Selepas lebih dua bulan beralih kepimpinan, barisan kepimpinan baru Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan di bawah pimpinan Datuk Jamil Salleh mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga yang pertama pada 15 Januari lalu, bertempat di pejabat beliau - pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Mesyuarat lebih 2 jam itu, membincangkan pelbagai perkara, antaranya berkenaan Program Yakeb untuk kalendar tahun 2012,  peranan yang akan dimainkan setiap ahli lembaga, perihal kebajikan ahli-ahli yang berdaftar, pengenalan dan penajaan terhadap kad ahli, penstrukturan semula peranan Yakeb itu sendiri agar tidak tersasar daripada matlamat penubuhannya, selain mendengar sendiri pendapat serta cadangan setiap ahli lembaga sebagai input untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Read more: Kebajikan Fokus Utama : Datuk Jamil Salleh
 

Bantuan Kerusi Roda Buat Zainal Mat Yen

 

21 Januari lalu, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan menyampaikan bantuan kerusi roda kepada bekas atlet Ragbi kebangsaan, Hj Zainal Mat Yen yang menjalani pembedahan akibat urat saraf ke jantung beliau bengkak.

Sumbangan disampaikan Pengurus Keahlian YAKEB, Aminuddin Nasir di kediaman anak Hj Zainal di Putrajaya dan keadaan beliau dilaporkan beransur pulih. Kami di Yakeb turut mendoakan agar Hj Zainal cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

 

Bekas Atlet Hargai Program Turun Padang YAKEB!

Program Turun Padang Yakeb di Alor Star, Kedah baru-baru ini, menerima sambutan meriah dan menggalakkan daripada para ahli YAKEB di utara tanah air, apabila lebih 50 ahli dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis hadir memeriahkan Program Pertama Yakeb bagi tahun 2012 itu.

Program Turun Padang Yakeb, yang diilhamkan Datuk Jamil Salleh, Pengerusi Yakeb, tidak lain bertujuan untuk mengenali para ahli dengan lebih dekat, beramah mesra dan mendengar sendiri apa pandangan dan cadangan mereka kepada Yakeb menerusi sessi dialog yang dikendalikan sendiri oleh Datuk Jamil.

Read more: Bekas Atlet Hargai Program Turun Padang YAKEB!
 

Terima Kasih Yakeb - Aminuddin

Pengurus Keahlian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Aminuddin Bin Mohd Nasir minggu lalu telah dimasukkan ke wad (Hospital Assuntha) selama dua hari akibat tekanan darah tinggi.

Sebagai ahli berdaftar dengan Yakeb, beliau telah menerima bantuan mengikut skim yang telah ditetapkan, dan beliau cukup berterima kasih di atas perhatian dan sokongan diberikan oleh Yakeb dan juga rakan-rakan lain.

Read more: Terima Kasih Yakeb - Aminuddin
 
  •  Start 
  •  Prev 
  •  Next 
  •  End 

Page 1 of 3

Hotline YAKEB!

03-8996 4841 / 4844

Warga kerja kami sentiasa bersedia membantu anda. Daftar sebagai ahli dan nikmati pelbagai manfaat.

Kebajikan Anda, Keprihatinan Kami.

Tahukah Anda...

Rashid Sidek merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menjuarai Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1992 di Kuala Lumpur menewaskan Alan Budi Kusuma dari Indonesia, 15-9, 5-15, 15-7. 


Ishtiaq Mubarak adalah antara sebilangan kecil atlet olahraga tanah air, yang pernah mempamer kelibat di tiga temasya Sukan Olimpik - Tokyo 1964, Mexico 1968, dan Munich 1972.


Datuk Ghani Minhat pernah menjaringkan 11 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 15-1 di Kejohanan Sukan Asia 1962, rekod jaringan yang tidak terusik sehingga hari ini.


Rabuan Pit adalah atlet pecut terakhir dari Malaysia yang pernah bergelar Raja Pecut Asia, apabila meraih emas Sukan Asia New Delhi 1982. 

Sepintas Lalu

21/01/2012 (Sabtu)


Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Nasir telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada bekas atlet ragbi negara, Hj. Zainal Mat Yen di kediaman anak beliau di Putrajaya. 

Hj. Zainal, 66 tahun, baru-baru ini menjalani pembedahan akibat urat saraf ke jantung beliau bengkak, dan dilaporkan sudah beransur pulih. 


19/01/2012 (Khamis) 


Barisan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb diketuai Datuk Jamil Salleh telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Penaung, Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana. Kunjungan menjurus kepada Proses Suai Kenal dan 'ice breaking' antara barisan Penaung dan barisan Ahli Lembaga baru Yakeb. 

Pertemuan berlagsung dalam suasana harmoni, dengan Datuk Paduka Rosmah menasihatkan Ahli Lembaga Pengarah agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan berdedikasi. 


13/01/2012 (Jumaat) 


Berlangsungnya Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang pertama membabitkan barisan kepimpinan baru. Pelbagai perkara dibincangkan dengan Datuk Jamil mahu setiap aktiviti yang dilaksanakan selepas ini berteraskan sepenuhnya kepada kebajikan.

Dewan Kemasyuran YAKEB

Pelawat Ke Pejabat Yakeb

26/01/12


Mohd Zulkifli Bin Mohd Norbit

Mohd Futra Bin Abd Ghani


18/01/12


 Siti Sholeha Binti Mohd Yusof

 Irza Hanie Binti Abu Samah

 Yahya Bin Ahmad


Ahli Terbaru (Terkini - 26/01/12)

Yunus Aliff (Bolasepak)

Dato' Jamal Nasir Ismail (Bolasepak)

Lum Wan Foong (Gimnastik)

Mohd Shakir Shaari (Bola Sepak)

Nurul Fatiha Abd Hamid (Gimnastik)

Eza Farhana Abd Rahman (Bola Sepak)

Nabila Naim (Bola Sepak)

J. Raghunathan A/L N.J Pillai (Olahraga)

Che Siah Bt Saad (Bola Sepak)

Mokhtar Ahmad (Berbasikal)

Mohd Said Mohd Hassan (Sepak Takraw)

Mohd Helmi Ismail (Sepak Takraw)

Nina Aishah Binti Othman (Bola Sepak)

Pengiklanan

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan di dalam Buletin YAKEB dan juga laman web YAKEB (www.yakeb.org.my) 

Free business joomla templates